14 August 2016

MASIH LAGI PEMBUAT DOSA


Aku kata aku mahu ubah,
dengan segala kejahilan aku,
dengan segala kebuasan perangai aku,
dengan segala masalah hati aku.

Malangnya selepas beberapa ketika,
yang jahilnya datang semula,
yang lekanya masih sama.

Aku tahu itu kadangnya salah.
Tapi kenapa sering aku laku berulang kali?
Apa aku tidak serik?
Atau apa aku tidak sedia?

Ah, itu alasan.
Aku memang suka beralasan.
suka menangkan si jahil dalam perasaan.

Tuhan, kau beri aku kekuatan.
Aku perlu itu, untuk ubah.
Buat jadi yang lebih beringat,
dan yang lebih ingat mati tanpa perlu diingat.

x

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa to open Thursday, Sept. 15
    Borgata Hotel Casino 문경 출장샵 & Spa announced on Twitter that the Borgata 파주 출장마사지 Hotel Casino & 김해 출장안마 Spa will open Thursday, Sept. 15 at 8 a.m. 대전광역 출장마사지 with a 군산 출장마사지

    ReplyDelete